Lawatan bersama YB Datuk Fairuz Rendaan, bersama Pegawai Eksekutif MDKB serta beberapa kakitangan MDKB, telah diadakan ke tapak pasar sementara dan sekitar kawasan Pekan Kota Belud.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak serta persekitaran pekan, di samping melihat keperluan dan kemudahan yang berkaitan dengan aktiviti para peniaga serta masyarakat setempat.
Lawatan ini juga menjadi ruang perbincangan dan tinjauan bersama bagi mengenal pasti aspek-aspek yang boleh ditambah baik demi memastikan kawasan pekan sentiasa bersih, teratur, selesa dan kondusif.
MDKB akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta bersama-sama memastikan pembangunan dan pengurusan Pekan Kota Belud terus diperkasa demi kesejahteraan masyarakat.