•  Notis Operasi Pasar Besar Kota Belud
    Berkuatkuasa 1 Oktober 2021 (Jumaat)

    Masa Berniaga : 6.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
    Disinfeksi : 5.00 Petang Hingga 6.00 Petang

    *Sila Patuhi SOP Yang Ditetapkan
    #pasarbesarkotabelud
    #kitajagakita
    #wefightcovid19

  •  MAKLUMAN KEPADA PENIAGA ASAL PASAR TANI LAMA
    SILA DATANG KE PEJABAT MAJLIS DAERAH KOTA BELUD (KAUNTER HASIL) UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT

    SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN : 088-976529 (BAHAGIAN KEWANGAN MDKB)

  •  • Hentikan penularan COVID-19 di tempat kerja.
    Amalkan norma baharu dan patuh SOP yang ditetapkan.
    Jangan ke tempat kerja jika anda mengalami gejala COVID-19 atau ahli keluarga anda disyaki kes COVID-19 dan menunggu keputusan ujian.
    * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021.

    Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
    #COVID19
    #kitajagakita
    #MenangBersamaMeharungiCOVID19

  •  (DEWAN TERBUKA TAGINAMBUR SQUARE)
    TARIKH PENGUNAAN : 13 DAN 14 JULAI 2021 (SELASA DAN RABU)
    PROGRAM SUNTIKAN VAKSINASI KAWASAN KADAMAIAN, KOTA BELUD

  •  
    (DEWAN MASYARAKAT TUN SAID KERUAK)
    BERMULA BULAN JUN 2021 SEHINGGA 15 OKTOBER 2021 (JUMAAT)
    PROGRAM PEMBERIAN SUNTIKAN VAKSINASI BAGI PENDUDUK DAERAH KOTA BELUD

  •  17 OGOS 2021 (SELASA)
    PROJEK MENAIKTARAF LONGKANG DI KAWASAN KOMPLEKS CENTENARY/PASAR BESAR MAJLIS DAERAH KOTA BELUD

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI : BAHAGIAN TEKNIKAL (088-976529)


  •  24 OGOS 2021 (SELASA)
    PEMASANGAN PINTU OTOMATIK KAWALAN KESELAMATAN KAWASAN PARKIR BANGUNAN MAJLIS DAERAH KOTA BELUD

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI : BAHAGIAN TEKNIKAL (088-976529)

  •  20 OKTOBER 2020 (KHAMIS)
    BAIK PULIH LAMPU DEWAN MASYARAKAT TUN SAID KERUAK

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI : BAHAGIAN TEKNIKAL (088-976529)

  •  SILA SEDIAKAN MAKLUMAT BERKENAAN SEBELUM MEMUATNAIK DATA DALAM SISTEM SPRN Klik Sini

  •  UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN BERIKUT :- https://sprn.kpkt.gov.my/ Klik Sini

  •  KINI MAJLIS DAERAH KOTA BELUD MENERIMA PEMBAYARAN ANDA MENERUSI JOM-PAY!
    BILLER CODE : 5389
    BILLER CODE NAME : MAJLIS DAERAH KOTA BELUD

    PEMBAYARAN YANG DITERIMA :
    1) BAYARAN CUKAI PINTU
    2) BAYARAN GERAI/MEJA
    3) BAYARAN PERKHIDMATAN SAMPAH
    4) BAYARAN LESEN OPERASI PERNIAGAAN

    PROSES PEMBAYARAN :
    1) RUJUKAN PERTAMA : NO.AKAUN CUKAI PINTU/NO.MEJA/GERAI
    2) RUJUKAN KEDUA : NO. TELEFON PEMBAYAR

    SILA MAKLUMKAN KAKITANGAN BAHAGIAN KAUNTER HASIL MDKB SELEPAS PEMBAYARAN TELAH DILAKUKAN :
    1) 011-19063516 (MAISARAH MERAN)
    2) 011-16002902 (SITI FATIHAH MOHD JUPORI) Klik Sini

PERUTUSAN

Perutusan Pegawai Eksekutif MDKB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Kota Belud.

Dengan adanya laman web ini, semoga segala maklumat yang disampaikan dapat menjadi panduan dan makluman kepada orang awam khususnya bagi warga daerah Kota Belud.

Saya juga ingin mengalu-alukan orang awam khususnya warga Kota Belud untuk sama-sama berkongsi sebarang pendapat, cadangan, aduan dan idea-idea yang baik dalam usaha menambahbaik perkhidmatan dan mempertingkatkan lagi prestasi Majlis Daerah Kota Belud pada masa akan datang.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Majlis Daerah Kota Belud.
Sekian dan terima kasih.

Abd Sani Bin Arsat,
Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Kota Belud, Sabah.

INFO MDKB

LATAR BELAKANG, VISI, MISI MDKB

LATAR BELAKANG

Majlis Daerah Kota Belud telah ditubuhkan pada awal tahun 1952 dan merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan yang tertua di negeri sabah. Penubuhan Majlis Daerah Kota Belud adalah melalui instrument majlis daerah yang dibuat berdasarkan seksyen 3 ordinan kerajaan tempatan 1961 yang memberikan perkhidmatan majlis kepada penduduk yang tinggal di kawasan percukaiann majlis. Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah kementerian kerajaan tempatan dan perumahan, negeri sabah, Majlis Daerah Kota Belud juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan pekan kota belud.

Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Belud, keluasan kawasan percukaian hanya seluas 94.75 ekar sahaja, sehinggalah pada tahun 1982 keluasan percukaian telah diperluaskan kepada 1,112 ekar. Lima dekad yang lalu, majlis ini hanya mempunyai sebuah pejabat kayu papan sehinggalah pada disember 1996, pejabat majlis yang baru dibina, yang terletak di tengah pusat pekan kota belud telah menjadi pusat pentadbiran majlis yang baru dibina, yang terletak di tengah pusat pekan kota belud telah menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Kota Belud.


VISI
Majlis Daerah Kota Belud ialah ke arah daerah kota belud yang terancang, bersistematik, berbudaya dan sejahtera.


MISI
1. Mewujudkan kerajaan tempatan yang efektif dan berkesan dengan penyertaan masyarakat tempatan dalam menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan awam;
2. Memastikan semua undang-undang kecil dilaksanakan;
3. Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang berdikari, berkesan dan berkebolehan di sabah berdasarkan peruntukan ordinan kerajaan tempatan 1961;
4. Mewujudkan bandar-bandar dan pekan-pekan baru di peringkat pbt serta dalam keadaan bersih, teratur indah dan menjadi tumpuan pelancong;
5. Menggalakkan pertumbuhan projek-projek sosio-ekonomi dan projek komersial yang menguntungkan untuk pendapatan majlis;
6. Memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup para pembayar cukai serta masyarakat pengguna pekan kota belud;
7. Pembangunan dan perkembangan bandar melalui perancangan yang teratur di bandar dan luar bandar.

OBJEKTIF MDKB

Objektif utama Majlis Daerah Kota Belud ialah memperbaiki dan mempertingkatkan taraf hidup masyarakat yang tinggal di kawasan percukaian majlis ke arah masyarakat penyayang dan berdaya saing.

PIAGAM PELANGGAN MDKB

1. Matlamat kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, jujur, cepat dan cermat.
2. Melayani pelanggan dengan penuh mesra, sopan santun serta bersedia menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
3. Memastikan semua perkhidmatan am seperti pemunggutan sampah, pembersihan pekan, perkhidmatan bergerak dan membersihkan halaman dilaksanakan mengikut jadual.
4. Memastikan perlaksanaan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Memproses semua permohonan lesen, kelulusan pelan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
6. Memastikan bil-bil tuntutan cukai am dikeluarkan setiap 3 bulan dan notis arahan membayar dengan denda pada setiap suku terakhir.
7. Memastikan pembayaran bil-bil tuntutan, invoice dan lain-lain dibuat dalam tempoh 1 minggu.
8. Memastikan penguatkuasaan undang-undang kecil majlis dilaksanakan dengan berkesan ke tahap yang paling maksima.
9. Berusaha meningkatkan taraf kemudahan awam seperti perhentian bas, lorong pejalan kaki, lampu jalan raya dan tong sampah.
10. Mengambil tindakan setiap pertanyaan & aduan dalam masa 3 hari dari masa penerimaan pertanyaan & aduan.

CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN MDKB

1. Melesenkan perniagaan, iklan dan penjaja.
2. Mengurus dan merekodkan urusan pelesenan, penjaja dan iklan.
3. Mengurus pembelian dan perolehan alat tulis, percetakan dan barang-barang keperluan Jabatan.
4. Menguruskan Rekod perkhidmatan kakitangan, Maklumat persaraan, Pengisian jawatan kosong dan cuti kakitangan.
5. Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat-menyurat.
6. Menguruskan semua tempahan termasuk penyewaan Dewan Masyarakat, KBH Hotel, Bilik Mesyuarat, Padang, Dataran dan lain-lain perkhidmatan.
7. Menjaga keselamatan Pejabat.
8. Menguruskan penerimaan dan pemakaian semua pekeliling-pekeliling dan surat pekeliling kerajaan untuk kelulusan Majlis sebelum diterima pakai.

BAHAGIAN KEWANGAN MDKB

1. Mengendalikan kerja-kerja perakaunan serta mengemaskini penyata dan rekod perakaunan Majlis.
2. Mengawal, menyemak dalam pemprosesan pembayaran.
3. Menyediakan anggaran dan belanjawan tahunan Majlis.
4. Memungut hasil Majlis, mengeluarkan bil-bil tuntutan berkaitan hasil Majlis.
5. Menyediakan laporan akaun bulanan dan tahunan.

BAHAGIAN TEKNIKAL MDKB

1. Memproses permohonan-permohonan bagi membangunkan skim perumahan, bangunan-bangunan individu dan tambahan/pindaan bangunan.
2. Menguruskan Tender/Sebut harga bagi projek-projek.
3. Bertanggungjawab dalam proses pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan.
4. Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
5. Membina dan menyelenggara jalan raya.
6. Mengurus sistem trafik.
7. Membina serta menyelenggara parit dan saliran.
8. Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak, perhentian bas dan kemudahan seumpamanya.

BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERSEKITARAN MDKB

1. Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan pekan.
2. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit.
3. Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar.
4. Mengindahkan pekan dengan landskap yang menarik.
5. Menyelenggara rumput untuk menjamin suasana yang bersih dan indah.
6. Mengeluarkan sijil-sijil kesihatan.
7. Mengawal selia sistem pembetungan.
8. Mengawal selia lampu jalan.
9. Membantu dalam kerja mengukur periksa bangunan-bangunan milik Kerajaan bagi menetapkan bayaran Caruman Bantuan Kadar mengikut peruntukan fasal 156, Perlembagaan Malaysia.

BAHAGIAN PENGUATKUASA MDKB

1. Menjalankan rondaan biasa atau berkala di seluruh kawasan pentadbiran PBT.
2. Menjalankan pemantauan ke atas semua peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh PBT.
3. Merancang dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang seperti :-
I.- Mengeluarkan notis amaran ke atas sesuatu kesalahan supaya Orang Kena Notis mematuhi arahan notis;
II.- Mengkompaun suatu kesalahan yang bersalah di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
III.- Melaksanakan tindakan sita ke atas sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
IV.- Membuat penggeledahan untuk mendapatkan bukti kukuh bagi tujuan pendakwaan di mahkamah dan;
V.- Membantu melaksanakan tindakan penutupan premis ke atas sebarang perlanggaran syarat dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

4. Memberi khidmat nasihat kepada orang awam berkaitan penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
5. Membuat kawalan dan menguatkuasakan perintah atau undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan tempat letak kereta dan kawalan lalulintas.
6. Memberi bantuan escort/mengiring kepada lain-lain jabatan dalaman.
7. Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas sebarang aduan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan penguatkuasaan.
8. Merancang dan melaksanakan pemeriksaan biasa dan berkala ke atas penjaja, gerai, premis perniagaan dan perindustrian dalam aspek penguatkuasaan.
9. Membuat kawalan bagi mencegah aktiviti vandalisme di kawasan taman dan tempat-tempat dalam kawasan perkadaran Pihak Berkuasa Tempatan.
10. Membuat kawalan dan pemantauan ke atas sebarang aktiviti pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka di kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
11. Menguatkuasakan sebarang perlanggaran undang-undang berkaitan halangan dan kotoran di tempat-tempat awam.
12. Menguruskan barang-barang sitaan.
13. Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan termasuklah surat-menyurat, pengurusan fail dan rekod, cuti, kelakuan dan tatatertib, kursus dan kompetensi, pengurusan kompaun dan pengurusan kertas siasatan.

MEDIA

Galeri

Video

Penerbitan

Keratan Akhbar

MAKLUM BALAS

md.kb@sabah.gov.my

088-976529/972913

088-976627