•  TARIKH TUTUP PERMOHONAN PPR ULU PIRASAN
    ADALAH PADA 15 SEPTEMBER 2020 (SELASA)

  •  

  •  13 OGOS 2020 (KHAMIS)
    SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

    15 OGOS 2020 (SABTU)
    PERSIDANGAN PARTI BERSATU PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

    16 OGOS 2020 (AHAD)
    PERSIDANGAN PARTI BERSATU (ARMADA SERIKANDI)



  •  20 OKTOBER 2020 (SELASA)
    BAIK PULIH LAMPU DEWAN TUN SAID

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
    UNIT TEKNIKAL
    088-976529(TUAN SAIRIN)

  •  SILA SEDIAKAN MAKLUMAT BERKENAAN SEBELUM MEMUATNAIK DATA DALAM SISTEM SPRN Klik Sini

PENGENALAN

PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH KOTA BELUD.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

PELAWAT-PELAWAT LAMAN WEB YANG DIHORMATI.

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KOATA BELUD.

DENGAN ADANYA LAMAN INI, SEMOGA SEGALA MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN DAPAT MENJADI PANDUAN DAN MAKLUMAN KEPADA ORANG RAMAI SEKIRANYA MEMPUNYAI SEBARANG PERMASALAHAN DAN KERAGUAN DENGAN PERKHIDMATAN JABATAN INI.

SAYA JUGA INGIN MENGALU-ALUKAN KEPADA ORANG AWAM YANG MEMPUNYAI SEBARANG CADANGAN DAN IDEA-IDEA YANG BAGUS DALAM PENAMBAHBAIKAN KEPADA MAJLIS INI BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI PERSTASI MAJLIS DAERAH KOTA BELUD PADA MASA AKAN DATANG.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

ABDUL SANI BIN ARSAT
PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS DAERAH KOTA BELUD.

MISI,VISI ,OBJEKTIF & PIAGAM PELANGGAN

VISI DAN MISI

VISI

MAJLIS DAERAH KOTA BELUD IALAH KE ARAH DAERAH KOTA BELUD YANG TERANCANG, BERSISTEMATIK, BERBUDAYA DAN SEJAHTERA.


MISI

1. MEWUJUDKAN KERAJAAN TEMPATAN YANG EFEKTIF DAN BERKESAN DENGAN PENYERTAAN MASYARAKAT TEMPATAN DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS DAN PERKHIDMATAN AWAM;
2. MEMASTIKAN SEMUA UNDANG-UNDANG KECIL DILAKSANAKAN;
3. MEWUJUDKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG BERDIKARI, BERKESAN DAN BERKEBOLEHAN DI SABAH BERDASARKAN PERUNTUKAN ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961;
4. MEWUJUDKAN BANDAR-BANDAR DAN PEKAN-PEKAN BARU DI PERINGKAT PBT SERTA DALAM KEADAAN BERSIH, TERATUR INDAH DAN MENJADI TUMPUAN PELANCONG;
5. MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN PROJEK-PROJEK SOSIO-EKONOMI DAN PROJEK KOMERSIAL YANG MENGUNTUNGKAN UNTUK PENDAPATAN MAJLIS;
6. MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP PARA PEMBAYAR CUKAI SERTA MASYARAKAT PENGGUNA PEKAN KOTA BELUD;
7. PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN BANDAR MELALUI PERANCANGAN YANG TERATUR DI BANDAR DAN LUAR BANDAR.

OBJEKTIF

OBJEKTIF UTAMA MAJLIS DAERAH KOTA BELUD IALAH MEMPERBAIKI DAN MEMPERTINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT YANG TINGGAL DI KAWASAN PERCUKAIAN MAJLIS KEARAH MASYARAKAT PENYAYANG DAN BERDAYA SAING.

PIAGAM PELANGGAN


1. MATLAMAT KAMI ADALAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, DEDIKASI, JUJUR, CEPAT DAN CERMAT.

2. MELAYANI PELANGGAN DENGAN PENUH MESRA, SOPAN SANTUN SERTA BERSEDIA MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIKEMUKAKAN.


3. MEMASTIKAN SEMUA PERKHIDMATAN AM SEPERTI PEMUNGGUTAN SAMPAH, PEMBERSIHAN PEKAN, PERKHIDMATAN BERGERAK DAN MEMBERSIHKAN HALAMAN DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL.

4. MEMASTIKAN PERLAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN.


5. MEMPROSES SEMUA PERMOHONAN LESEN, KELULUSAN PELAN DALAM TEMPOH 3 HARI DARI TARIKH PENERIMAAN PERMOHONAN DENGAN SYARAT PERMOHONAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH LENGKAP.

6. MEMASTIKAN BIL-BIL TUNTUTAN CUKAI AM DIKELUARKAN SETIAP 3 BULAN DAN NOTIS ARAHAN MEMBAYAR DENGAN DENDA PADA SETIAP SUKU TERAKHIR.


7. MEMASTIKAN PEMBAYARAN BIL-BIL TUNTUTAN, INBOIS DAN LAIN-LAIN DIBUAT DALAM TEMPOH 1 MINGGU.

8. MEMASTIKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN KE TAHAP YANG PALING MAKSIMA.


9. BERUSAHA MENINGKATKAN TARAF KEMUDAHAN AWAM SEPERTI PERHENTIAN BAS, LORONG JALAN KAKI, LAMPU JALANRAYA DAN TONG SAMPAH.

10. 10. MENGAMBIL TINDAKAN SETIAP PERTANYAAN & ADUAN DALAM MASA 24 JAM DARI MASA PENERIMAAN PERTANYAAN & ADUAN.

CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN

UNIT KEWANGAN

• Mengendalikan kerja-kerja perakaunan serta mengemaskinikan penyata dan rekod perakaunan Majlis Mengawal, menyemak dalam pemerosesan pembayaran.
• Menyediakan anggaran dan belanjawan tahunan Majlis.
• Memungut hasil Majlis, mengeluarkan bil-bil tuntutan berkaitan hasil Majlis.
• Menyediakan laporan akaun bulanan dan tahunan.

UNIT KESIHATAN

• Mengawalselia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan pekan;
• Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit;
• Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar;
• Mengindahkan pekan dengan landskap yang menarik;
• Menyelenggara rumput untuk menjamin suasana yang bersih dan indah;
• Mengeluarkan sijil-sijil kesihatan;
• Mengawalselia sistem pembetungan;
• Mengawalselia lampu jalan;
• Membantu dalam kerja mengukur periksa bangunan-bangunan milik Kerajaan bagi menetapkan bayaran Caruman Bantuan Kadar mengikut peruntukan fasal 156, Perlembagaan Malaysia.

UNIT TEKNIKAL

• Memproses permohonan-permohonan bagi membangunkan skim perumahan, bangunan-bangunan individu dan tambahan/pindaan bangunan;
• Menguruskan Tender/Sebutharga bagi projek-projek;
• Bertanggungjawab di dalam proses pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan;
• Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda;
• Membina dan menyelenggara jalan raya;
• Mengurus sistem trafik;
• Membina serta menyelenggara parit dan saliran;
• Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, komplek sukan, taman permainan kanak-kanak dan perhentian bas.

UNIT PENGUATKUASAAN

Dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tugas-tugas penguatkuasaan adalah menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:-
• Menjalankan rondaan biasa atau berkala di seluruh kawasan pentadbiran PBT
• Menjalankan pemantauan ke atas semua peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh PBT
• Merancang dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang seperti:-
- Mengeluarkan notis amaran ke atas suatu kesalahan supaya Orang Kena Notis mematuhi arahan notis;
- Mengkompaunkan suatu kesalahan yang bersalah di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
- Melaksanakan tindakan sita ke atas sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
- Membuat penggeledahan untuk mendapatkan bukti kukuh bagi tujuan pendakwaan di mahkamah; dan
- Membantu melaksanakan tindakan penutupan premis ke atas sebarang perlanggaran syarat dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.


• Memberi khidmat nasihat kepada orang awam berkaitan penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
• Membuat kawalan dan menguatkuasakan perintah atau undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan tempat letak kereta dan kawalan lalulintas;
• Memberi bantuan escort/mengiring kepada lain-lain jabatan dalaman;
• Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas sebarang aduan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan penguatkuasaan;
• Merancang dan melaksanakan pemeriksaan biasa dan berkala ke atas penjaja, gerai, premis perniagaan dan perindustrian dalam aspek penguatkuasaan;
• Membuat kawalan bagi mencegah aktiviti vandalism di kawasan taman dan tempat-tempat dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan;
• Membuat kawalan dan pemantauan ke atas sebarang aktiviti pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka di kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan;
• Menguatkuasakan sebarang perlanggaran undang-undang berkaitan halangan dan kotoran di tempat-tempat awam;
• Menguruskan barang-barang sitaan
• Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan termasuklah surat-menyurat, pengurusan fail dan rekod, cuti, kelakuan dan tatatertib, kursus dan kompetensi, pengurusan kompaun dan pengurusan kertas siasatan;

UNIT PENTADBIRAN

• Melesenkan perniagaan, iklan dan penjaja;
• Mengurus dan merekodkan urusan pelesenan, penjaja dan iklan.
• Mengurus pembelian dan perolehan alat tulis, percetakan dan barang-barang keperluan Jabatan
• Menguruskan Rekod perkhidmatan kakitangan, Maklumat persaraan, Pengisian jawatan kosong dan Cuti kakitangan.
• Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat menyurat.
• Menguruskan semua tempahan Dewan, Bilik Mesyuarat dan Padang.
• Menjaga keselamatan Pejabat.
• Menguruskan penerimaan dan pemakaian semua pekeliling-pekeliling dan surat pekeliling kerajaan untuk kelulusan Majlis sebelum di terima pakai.

MEDIA

Galeri

Video

Penerbitan

Keratan Akhbar

MAKLUM BALAS

md.kb@sabah.gov.my

088-9765299

088-976627