Jemputan menghadiri Majlis Taklimat bagi Fasa 2, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud Sahaja

Jemputan menghadiri Majlis Taklimat bagi Fasa 2, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud Sahaja Sukacita dimaklumkan kepada penama/penyewa yang telah ditawarkan bagi kemasukan Fasa 2, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud sahaja adalah dijemput hadir seperti ketetapan yang berikut :- Tarikh : 18 Oktober 2023 (Rabu) Masa : 8.30 Pagi hingga Selesai Tempat : Dewan PPR Ulu Pirasan, Kota Belud Sila ambil perhatian :- 1. Penyewa (Pemohon) hendaklah membawa bersama Kad Pengenalan. 2. keutamaan akan diberikan kepada warga emas/OKU untuk berurusan. 3. Pemohon dikehendaki datang sendiri untuk urusan menandatangani surat perjanjian tersebut. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, maka pemohon dibenarkan menghantar wakil iaitu pasangan kepada pemohon sahaja. Sila bawa bersama surat wakil dan serahkan kepada Urusetia PPR Pirasan MDKB. 4. Sila pastikan Tuan/Puan (Penyewa) ada mengambil resit pembayaran sebelum keluar daripada Dewan PPR Ulu Pirasan. 5. Dilampirkan juga aturcara sebagai rujukan pihak Tuan/Puan. Sila patuhi peraturan-peraturan seperti diatas agar program dapat dijalankan dengan lancar. Kerjasama anda amat kami hargai 🙏🏻 Sekian dan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon Pejabat MDKB : 088976529 (Urusetia PPR) Arahan, Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Kota Belud.

Notis Pemberitahuan gotong-royong mencantas pokok jati di Kawasan Bazar Rakyat Kota Belud, Kawasan Pasar Malam, Kota Belud dan Pasar Sementara, Kota Belud

Dimaklumkan kepada semua orang awam, serta penjaja yang terlibat bahawa Pihak Majlis akan melakukan gotong-royong mencantas pokok jati di kawasan tersebut pada 17 Oktober 2023 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi sehingga selesai. Oleh yang demikian, orang awan dan penjaja yang terlibat hendaklah mengosongkan atau menjauhi kawasan tersebut demi keselamatan bersama. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian : 088976529 (Pejabat Majlis Daerah Kota Belud) Sekian dan terima kasih.

Jelajah Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara

HEBAHAN ‼️ Jelajah Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara Tarikh : 15 Oktober 2023 (Ahad) Masa : 7.00 AM - 1.00 PM Lokasi : Tamu, Kota Belud Perkhidmatan yang disediakan:- 1. Perkhidmatan Gantian Kad 2. Perkhidmatan Nasihat Urusan Pendaftaran #jabatanpendaftarannegara #majlisdaerahkotabelud #tamukotabelud

Makluman Pemberitahuan Fasa 3, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperakukan untuk menawarkan seunit rumah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) Ulu Pirasan, Kota Belud, Sabah. Semakan penama fasa 3 yang ditawarkan boleh dibuat menerusi : Laman Web Rasmi Portal : https://teduh.kpkt.gov.my/ Laman Web Rasmi MDKB : https://mdkotabelud.sabah.gov.my/ Link : https://teduh.kpkt.gov.my/slider/attachment/76 Semua bantahan boleh dikemukakan melalui pos dan serahan tangan alamat :- Majlis Daerah Kota Belud, Peti Surat NO.8, 89157, Kota Belud, Sabah. atau Email :- pprkotabelud@gmail.com 1) Tempoh bantahan bermula 3 Oktober 2023 sehingga 16 Oktober 2023 (14 Hari). 2) Bantahan selepas tempoh bantahan tamat tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian : 088976529 (MDKB) Sekian dan harap maklum.

Notis Penutupan Pasar Besar Kota Belud

Pasar Besar Kota Belud akan ditutup sementara pada 1 September 2023 sehingga 1 Disember 2023 bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menaiktaraf. Semua penjaja dipindahkan sementara ke Bazar Rakyat Kota Belud.

Cultural Pit Stop (Hentian Budaya) Kota Belud 2022

PENGISIAN PROGRAM 1. Lawatan ke rumah kebudayaan Kota Belud 2. Persembahan kebudayaan dari SMK Narinang Kota Belud 3. Persembahan kebudayaan betitik (Bajau) Lentigi, Kota Belud 4. Perasmian program 5. Acara menunggang kuda berhias 6. Pameran Kraftangan